Selamat Datang ke e-PKKTM

Berkhidmat kepada komuniti kami dengan ketelusan, integriti, dan dedikasi. Temui bagaimana kami membuat perbezaan setiap hari.

Introduction

Pengenalan

Pertubuhan Khairat Kematian Taman Melewar Kuala Lumpur (PKKTM) ditubuhkan untuk memberi bantuan kewangan apabila berlaku kematian ahli atau tanggungan ahli bagi belanja urusan pengebumian.

Pertubuhan Khairat Kematian Taman Melewar Kuala Lumpur (PKKTM) di daftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan diluluskan pada 21hb Ogos 1984 dengan nombor perdaftaran PPM-006-14-21081984.

Alamat surat-menyurat PKKTM adalah:

Pertubuhan Khairat Kematian Taman Melewar Kuala Lumpur (PKKTM),

D/A Surau Al-Tarbiah Al-Islamiah Taman Melewar

Jalan Marmar 4,

Taman Melewar,

68100, Kuala Lumpur.                                                                                                                   

Kami juga boleh dihubungi melalui e-mail: khairattmkl@gmail.com

Setiausaha PKKTM boleh dihubungi di talian: 019-2627238.

Borang Permohonan Menjadi Ahli PKKTM disediakan dibawah. Sila hantarkan kepada Setiausaha PPTMKL di e-mail PKKTM yang tertera diatas.

Bagi ahli PKKTM, dinasihatkan untuk sentiasa MENGEMASKINI butiran ahli (alamat terkini/nombor telefon terkini) dan tanggungan JIKA ADA TAMBAHAN AHLI KELUARGA. Jika didapati TIADA NAMA TANGGUNGAN yang meninggal dunia dalam sistem PKKTM, maka TIADA BANTUAN KHAIRAT dikeluarkan dan ahli perlu menanggung semua urusan jenazah.

Borang kemaskini disediakan dibawah.

Objektif

PKKTM  ditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:

a . Menyediakan kos perbelanjaan pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku musibah kematian dengan kadar segera.

b . Mengumpul dan menguruskan wang tabung (yuran/derma)  dengan teratur dan bertanggungjawab.

c . Menyediakan peluang kepada ahli untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan (infaq) dengan cara membantu ahli atau tanggungannya yang memerlukan bantuan apabila ditimpa musibah kematian.

d. Menguruskan jenazah ahli atau tanggungannya dari awal hingga akhir. Kami juga menguruskan jenazah bukan ahli apabila diminta oleh waris.


Undang-undang Kecil

Kelayakan

Seseorang itu adalah layak menjadi ahli sekiranya ia seorang warganegara permastautin di Taman Melewar Kuala Lumpur atau sekitarnya yang beragama Islam dan berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun dan tidak lebih daripada enam puluh (60) tahun pada tarikh permohonannya diluluskan.

Suami isteri tidak boleh menjadi lebih daripada satu (1) ahli. Isteri/suami akan menjadi tanggungan kepada ahli.

Tempoh Minima Mendapat Manfaat

Seseorang itu mula menjadi ahli daripada tarikh permohonannya diluluskan oleh AJK dan hanya boleh menerima bantuan yang ditetapkan selepas tempuh tiga puluh (30) hari dari tarikh keahliannya diluluskan.

Maksud Ahli dan Tanggungan Ahli

Isteri/isteri-isteri, suami,anak atau anak-anak seseorang ahli yg berumur dibawah dua puluh satu (21) tahun dan anak atau anak-anak yang melebihi dua puluh satu (21) tahun yang masih ditanggung oleh ahli dan yang didaftarkan kepada PPTMKL. Ibu bapa termasuk mertua ahli yang tinggal bersama adalah juga ditakrifkan sebagai tanggungan ahli.

#maksud anak-anak berumur melebihi 21 tahun yang masih ditanggung ahli adalah:     

1. Anak lelaki dan perempuan yang masih belajar di kolej/universiti dan belum berkahwin. 

2. Anak perempuan yang belum berkahwin.

Pendaftaran Ahli Keluarga Secara Berasingan 

Anak atau anak-anak lelaki yang sudah mencapai umur lebih 21 tahun dan masih tinggal bersama dengan ahli serta berminat menjadi ahli PKKTM, perlulah mendaftar sebagai ahli. 

Anak/anak-anak perempuan yang melebihi 21 tahun dan telah berkahwin yang masih tinggal bersama dengan ahli dan berminat menjadi ahli boleh mendaftar sebagai ahli atau suaminya menjadi ahli dan beliau menjadi tanggungan. 

Sumbangan Yuran Tahunan 

Sumbangan yuran tahunan PKKTM adalah sebanyak RM50.00 untuk seorang ahli. Bayaran boleh dibuat kepada AJK atau pegawai perhubungan zon yang dilantik.

Bayaran boleh dibuat melalui nombor akaun Pertubuhan Khairat Kematian Taman Melewar - 12225010001627 (Bank Islam Malaysia Berhad). Sila hantarkan resit transaksi yang dibuat kepada Tuan Bendahari PKKTM di nombor 019-3514568.

 Yuran Pendaftaran

Yuran pendaftaran dikenakan RM10.00 sekali seumur hidup. Apabila diluluskan keahliannya, ahli baharu tersebut akan menerima surat kelulusan dari Setiausaha bersama resit bayaran.

Ahli Yang Berpindah Kawasan Membayar Yuran Penuh 

Seseorang ahli yang telah membayar yuran tahunan SEPENUHNYA dan kemudian berpindah keluar dari Taman Melewar dalam tempuh tahun berkenaaan dan seterusnya masih berminat menjadi ahli serta tetap membayar yuran tahunan adalah LAYAK menuntut manafaat sekiranya berlaku kematian setelah berpindah. 

 Ahli Yang  TIDAK Membayar Yuran.

 Ahli yang tidak membuat bayaran yuran selama 2 tahun berturut-turut maka keahliannya terlucut dengan sendirinya. Untuk aktifkan semula, beliau dikehendaki membuat bayaran yuran yang tertunggak itu dan mendapat kelulusan 2/3 AJK yang bermesyuarat.

Ahli yang tidak membayar yuran pada tahun semasa/sebelumnya, sekiranya terjadi kematian ahli/tanggungan, maka yurannya akan dipotong dari bantuan khairat tersebut.

Borang Permohonan Menjadi Ahli PKKTM

Borang permohonan menjadi ahli PKKTM. 

Sila isikan semua maklumat. 

1. Penama/Waris - samada suami/isteri/ibu/bapa/anak

2. Senarai tanggungan Fasal 7.2 - Isteri/anak-anak dibawah 21 tahun

3. Anak melebihi 21 tahun - Anak-anak yang berumur 21 tahun keatas dan masih belajar di IPTA/IPTS. Anak Perempuan yang masih belum berkahwin.

4. Ibubapa/mertua - Ibu/bapa/mertua yang tinggal serumah dengan pemohon.



Borang C - untuk mengemaskini data dalam keahlian PKKTM

Borang ini adalah untuk ahli PKKTM yang perlu mengemaskini data yang ada dalam sistem. 

Penambahan:

1. Kemaskini alamat terkini

2. Kemaskini nombor telefon terkini

3. Kemaskini tanggungan (tambah nama suami/isteri/anak/ibu bapa/mertua yang tinggal sekali)

Dokumen Yang Diperlukan untuk Pengurusan Jenazah

Bagi melancarkan urusan pengurusan jenazah dan tuntutan bayaran, ahli atau waris dimohon untuk menyerahkan dokumen berikut kepada Pegawai Pengurusan Jenazah PKKTM:

  1. Pendua berwarna biru Daftar Kematian sekiranya meninggal di hospital.
  2. Salinan Resit Sementara Daftar Kematian dari Balai Polis sekiranya meninggal di rumah.
  3. Salinan kad pengenalan orang yang membuat tuntutan.

Maklumat Pegawai Pengurusan Jenazah PKKTM

Tuan Haji Zainal Abidin bin Yob Othman
012-9733645
Encik Mohd Shohaimi bin Shaari
011-19743613
Prosedur

Prosedur

Carta Alir Pengurusan Jenazah

Manfaat

Kelebihan dan manfaat menyertai PKKTM adalah untuk meringankan kos pengurusan jenazah bagi keluarga si mati dan menguruskan hal-hal kebajikan dengan segera. Apabila berlaku kematian wang bantuan yang akan dikeluarkan adalah seperti di bawah:-

PERHATIAN: AHLI HENDAKLAH SENTIASA MENGEMASKINI REKOD TANGGUNGAN. SEKIRANYA NAMA SIMATI TIADA DALAM REKOD/TIDAK BERDAFTAR DENGAN PKKTM, TIADA BANTUAN KEMATIAN AKAN DIKELUARKAN DAN AHLI MESTI MENANGGUNG SEMUA KOS PENGURUSAN JENAZAH. Sila hubungi Setiausaha ditalian 019-2627238 untuk sebarang pertanyaan. BORANG KEMASKINI DISEDIAKAN DI BAWAH.

BilPenerima Faedah/Manafaat
Kadar Faedah  (RM) 
1Ahli
1500
2Pasangan Ahli yang berdaftar dengan PKKTM
1500
3Anak berumur  dari 3 tahun yang berdaftar dengan PKKTM
1500
4Anak termasuk janin yang lahir keguguran tetapi cukup sifat
750
5Ibu bapa/mertua yang tinggal bersama yang berdaftar dengan PKKTM1500







Pengumuman

Kekal dikemaskini dengan berita dan acara terkini kami

Jan 19, 2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKKTM KE 42 TAHUN 2026

Makluman awal untuk ahli PKKTM:

Mesyuarat Agung Tahunan PKKTM ke 42 untuk Tahun 2026 telah di jadualkan pada 17/4/2026 (Jumaat) Selepas Solat Maghrib di Dewan Solat Utama Surau Al-Tarbiah Al-Islamiah Taman Melewar, Jalan Marmar 4, Taman Melewar, 68100, Kuala Lumpur.

Sebarang pertukaran tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Dimohon semua ahli yang berkesempatan dapat hadir.

Baca selanjutnya
YURAN TAHUNAN
Jan 01, 2025
YURAN TAHUNAN

Yuran  Tahunan sebanyak RM50.00 boleh dibayar melalui akaun Pertubuhan Khairat Kematian Taman Melewar 12225010001627 (Bank Islam Malaysia Berhad). Sila hantarkan salinan resit transaksi yang dibuat kepada Tuan Bendahari PKKTM di nombor 019-3514568.

Sekiranya yuran tidak dibayar selama 2 tahun berturut-turut, keahlian akan terbatal dengan sendiri dan TIDAK lagi menerima bantuan kematian. Sebarang pertanyaan berkenaan yuran boleh hubungi nombor diatas.

Baca selanjutnya
Feb 24, 2026
KEMASKINI DATA KEAHLIAN

Ahli MESTI MENGEMASKINI butiran keahlian (alamat dan nombor telefon terkini) serta tanggungan ahli JIKA ADA TAMBAHAN AHLI KELUARGA. Jika didapati TIADA NAMA TANGGUNGAN yang meninggal dunia dalam data PKKTM, maka TIADA BANTUAN KHAIRAT dikeluarkan dan ahli perlu menanggung semua kos urusan jenazah.

Borang kemaskini disertakan.

Baca selanjutnya

Jawatankuasa

Temui pasukan yang berdedikasi berkhidmat untuk komuniti kami

Yang Dipertua

USTAZ HAJI OMAR BIN MEHAT

Timbalan Yang Dipertua

TUAN HAJI MD YON BIN SAPON

Setiausaha (Pegawai Perhubungan Zon L)

TG KHIARAFIF BIN TG DIR

Penolong Setiausaha (Pegawai Perhubungan Zon E)

TUAN HAJI HILMIN BIN MOHD YUSOF

Bendahari

TUAN HAJI MOHD. IHWAN BIN SUDIM @ HJ BASRI

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Penyelaras Urusan Jenazah)

TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN YOB OTHMAN

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon A)

TUAN HAJI ENGKU ABAS BIN OMAR

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon B)

TUAN HAJI HOUD BIN HJ HASSAN

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon C)

TUAN HAJI MD ARSHAD BIN ABU BAKAR

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon D)

EN. ABDUL RAZAK BIN ABDUL MUTALIB

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon F)

EN MOHAMAD SHOHAIMI BIN HJ SHAARI

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon G)

EN JAMALUDIN BIN JAAFAR

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon H)

TUAN HAJI MEGAT NOR HASHIM BIN MEGAT N IBRAHIM

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon I)

TUAN HAJI SA’AYA BIN NAWAWI

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon J)

EN MOHD KHAIRI BIN DIN

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon K)

EN ZAINUDDIN BIN ZAKARIA

Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon M)

TUAN HAJI MOHAMAD AZHAR BIN MOHAMAD HAMIDI

Utama Pengumuman Jawatankuasa Log Masuk